Wednesday, October 30, 2013

Sejati Di UTHM

Tarikh : 17 Oktober 2013
Lokasi : UTHM Pt Raja

 En Razak ( pegawai pengiring dari UTHM )
 Terima kasih tuan kerana sudi bersama kami.




Santai sebelum balik.

Tadarus Al-Quran 2013

Tarikh : 02 Ogos 2013


Pengacara majlis : En Zulkarnain Estar

 Bacaan dimulakan


 Upacara penyampaian sijil dan bunga telor




Wednesday, April 25, 2012

Program Susu 1 Malaysia 2012

 Alhamdulillah... program dapat dijalankan dengan lancar. Taklimat diberikan kepada semua pelajar ( 199orang ) untuk mengelakkan menerima susu yang rosak atau keracunan. Alhamdulillah tiada masalah kepada semua pelajar yang menerima bantuan susu ini.
 Pemberian susu diberikan secara berperingkat untuk mengelakkan pelajar yang tidak biasa meminum susu pada waktu pagi. Setakat ini keserasian terhadap susu yang diminum kepada semua pelajar adalah baik.
Terpancar wajah keseronokkan kepada semua pelajar yang menerima bantuan susu segar dari kerajaan. Terima kasih kepada kerajaan kerana mengadakan program ini. Terima kasih.

Thursday, March 8, 2012

Minggu Anti Dadah 2

  Sempena Minggu Anti Dadah pihak sekolah mengadakan pertandingan Mewarna bagi tahap 1 dan melukis poster bagi tahap 2
 Pertandingan lain adalah pertandingan mendeklamasikan sajak dan nyanyian
 
Tarikh : 27 Feb 2012

Minggu Anti Dadah

Tarikh Mula : 20 Feb 2012
 Bacaan Ikrar Anti Dadah
 Ucapan Perutusan sempena minggu anti dadah oleh Puan Guru Besar ( Pn Patimah Bt Solong )

 Syarahan Anti dadah oleh pelajar
 Nyanyian lagu benci Dadah
 Upacara simbolik membakar replika rokok dengan harapan semua pelajar benci kepada agen pertama menuju ke arah penggunaan dadah ( rokok ).

Sunday, January 15, 2012

Perlantikan Pengawas Sesi 2012

Tarikh : 16 Januaru 2012
Tempat : Tapak Perhimpunan SK Seri Sejati

 Ucapan aluan dan penerangan serta pesanan kepada semua pelajar yang dilantik menjadi Pengawas Sekolah bagi sesi 2012 oleh Tuan Haji Muhamad Zaki Bin Maslan ( GPK-HEM ). Beliau berharap semua Pengawas yang dilantik dapat menjalankan tugas dengan baik serta menjadi contoh dabn teladan kepada pelajar lain.
 Penyampaian watikah perlantikan disempurnakan oleh Puan Guru Besar Puan Patimah Binti Solong.

Majlis perlantikan di akhiri dengan bacaan ikrar oleh semua pengawas yang diketuai oleh Mohd Syazwan ( Ketua Pengawas sesi 2012 ). Pihak sekolah berharap semua pengawas dapat menjalankan tugas dengan baik serta meningkatkan lagi kecermelangan sekolah pada tahun ini.

Monday, May 23, 2011

Sumbangan Untuk Generasi Akan Datang

 Syarikat pembekal minuman yang datang ke sekolah untuk memberi sumbangan berbentuk barangan ( secawan MILO ) untuk setiap pelajar dan kakitangan sekolah.
Kehadiran mereka pasti menceriakan setiap pelajar kerana dapat minuman percuma. Di samping itu syarikat berkenaan dapat mempromosikan jenama syarikat mereka.

Persoalannya sampai bilakah ia akan berlaku dan berapa keratkah syarikat dan individu yang berkemampuan datang memberi sumbangan ke sekolah. Ramai masyarakat umum tidak tahu dan ambil tahu kekurangan yang ada di sekolah.Yang mereka tahu mereka mahu anak mereka Dapat 'A' dalam setiap matapelajaran yang dipelajari... tetapi mereka tidak mahu berkongsi kemampuan untuk memajukan anak-anak mereka.
   Perlu diingat... pembangunan insan bukan hanya ilmu pembelajaran sahaja, namun rohani dan jasmani mereka pun turut dibangunkan demi memacu masyarakat pada masa akan datang setelah pendidik dan penjaga mereka tiada lagi... kerana mereka adalah pengganti kepada yang ada sekarang dan akan membina insan yang akan datang selepas mereka.

" Jika permulaannya buruk pasti pengakhirannya turut burut, namun sebelum ia berakhir marilah bersama memperbaikinya untuk mengelakkan keburukan. Jangan tunggu orang lain, jangan tunggu sehingga ia berubah kerana orang lain" Pastinya setiap sumbangan akan merubah setiap struktur yang ada di sekolah walaupun sedikit, dan perubahan itu dapat merubah keputusan di akhir persekolahan. Sesungguhnya sumbangan bukan hanya wang ringgit, perkakas dan alatan, Tetapi idea dan tenaga itu juga merupakan sumbangan yang amat diharapkan oleh pihak sekolah.