Wednesday, April 25, 2012

Program Susu 1 Malaysia 2012

 Alhamdulillah... program dapat dijalankan dengan lancar. Taklimat diberikan kepada semua pelajar ( 199orang ) untuk mengelakkan menerima susu yang rosak atau keracunan. Alhamdulillah tiada masalah kepada semua pelajar yang menerima bantuan susu ini.
 Pemberian susu diberikan secara berperingkat untuk mengelakkan pelajar yang tidak biasa meminum susu pada waktu pagi. Setakat ini keserasian terhadap susu yang diminum kepada semua pelajar adalah baik.
Terpancar wajah keseronokkan kepada semua pelajar yang menerima bantuan susu segar dari kerajaan. Terima kasih kepada kerajaan kerana mengadakan program ini. Terima kasih.