Monday, May 23, 2011

Sumbangan Untuk Generasi Akan Datang

 Syarikat pembekal minuman yang datang ke sekolah untuk memberi sumbangan berbentuk barangan ( secawan MILO ) untuk setiap pelajar dan kakitangan sekolah.
Kehadiran mereka pasti menceriakan setiap pelajar kerana dapat minuman percuma. Di samping itu syarikat berkenaan dapat mempromosikan jenama syarikat mereka.

Persoalannya sampai bilakah ia akan berlaku dan berapa keratkah syarikat dan individu yang berkemampuan datang memberi sumbangan ke sekolah. Ramai masyarakat umum tidak tahu dan ambil tahu kekurangan yang ada di sekolah.Yang mereka tahu mereka mahu anak mereka Dapat 'A' dalam setiap matapelajaran yang dipelajari... tetapi mereka tidak mahu berkongsi kemampuan untuk memajukan anak-anak mereka.
   Perlu diingat... pembangunan insan bukan hanya ilmu pembelajaran sahaja, namun rohani dan jasmani mereka pun turut dibangunkan demi memacu masyarakat pada masa akan datang setelah pendidik dan penjaga mereka tiada lagi... kerana mereka adalah pengganti kepada yang ada sekarang dan akan membina insan yang akan datang selepas mereka.

" Jika permulaannya buruk pasti pengakhirannya turut burut, namun sebelum ia berakhir marilah bersama memperbaikinya untuk mengelakkan keburukan. Jangan tunggu orang lain, jangan tunggu sehingga ia berubah kerana orang lain" Pastinya setiap sumbangan akan merubah setiap struktur yang ada di sekolah walaupun sedikit, dan perubahan itu dapat merubah keputusan di akhir persekolahan. Sesungguhnya sumbangan bukan hanya wang ringgit, perkakas dan alatan, Tetapi idea dan tenaga itu juga merupakan sumbangan yang amat diharapkan oleh pihak sekolah.

Tuesday, April 5, 2011

Keselamatan Pelajar Ke Sekolah

Kepada semua... ibubapa dan penjaga

   Diminta kepada semua ibubapa dan penjaga pelajar, supaya memastikan perjalanan anak-anak jagaan masing-masing selamat dari rumah hingga ke sekolah. Kepada ibubapa atau penjaga yang membenarkan anak jagaan membawa kenderaan sendiri ke sekolah hendaklah memastikan kenderaan tersebut dalam keadaan baik dan selamat digunakan.
Perhatian kepada pelajar yang membawa kenderaan bermotor ( motorsikal ). Ibu bapa hendaklah bertanggungjawab ke atas keselamatan pelajar dan kenderaan pelajar berkenaan. Pihak sekolah tidak bertanggungjawab atas kemalangan atau kehilangan kenderaan semasa hari persekolahan anak tuan puan. Maka itu ibu bapa hendaklah memastikan keselamatan anak jagaan masing-masing semasa menuju ke sekolah.

Terima kasih

Pemakaian Pakaian Sukan Di Sekolah

   Dimaklumkan kepada semua penjaga..

Pelajar yang memakai pakaian sukan untuk Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani pada hari dimana pelajar menjalani aktiviti P&P Pendidikan Jasmani dibenarkan tidak menukar pakaian tersebut hingga waktu balik. Ia bertujuan untuk mengelakkan bebanan pelajar membawa pakaian dan buku ke sekolah.

Sekian Terima Kasih

Kehadiran Pelajar Ke Sekolah

Ditujukan kepada...
  Semua ibubapa dan penjaga murid Sekolah Kebangsaan Seri Sejati. Dimaklumkan kehadiran murid ke sekolah adalah wajib iaitu pada hari persekolahan. Jika tidak hadir hendaklah mempunyai surat kebenaran sakit atau surat yang diperakukan oleh pihak sekolah . Jika tidak dapat menyertakan surat-surat atau dokumen sokongan atas ketidakhadiran pelajar ke sekolah, maka pelajar berkenaan dikira ponteng.

   Kesalahan ponteng atau tidak menghadirkan diri kesekolah akan memberi kesan kepada pelajar.. terutama masalah ketinggalan matapelajaran. Iaitu pelajat tidak dapat mengusai sepenuhnya pengajaran guru. Oleh yang demikian adalah menjadi kesalahan jika pelajar sering ponteng atau tidak ke sekolah. Jika jumlah ketidakhadiran pelajar berkenaan melebihi jumlah yang ditentukan dan terlalu kerap maka pelajar akan dikenakan tindakan tatatertib.

Untuk menjamin kualiti dan kuantiti pelajaran yang diperolehi mencapai tahap yang terbaik, maka pihak ibubapa dan penjaga hendaklah mengambil peranan untuk memastikan kehadiran anak ke sekolah. Sebarang masalah yang dihadapi hendaklah dibincangkan bersama pihak sekolah untuk mengelakkan kekeliruan dan salah faham. Jika masalah dibincangkan maka ia akan menemui jalan penyelesaiannya.

Terima Kasih...

Wednesday, March 30, 2011

Latihan Kebakaran

 Tarikh : 31 Mac 2011, Masa : 12.30 tengahari. Taklimat kepada guru diadakan pada pukul 07.30 pagi, di mana semua guru dikehendaki bersedia jika mendengar loceng amaran.
 
 Loceng amaran dibunyikan tepat jam 12.30 tengahari, semua murid bergerak meninggalkan kelas dan berkumpul di padang yang ditetapkan mengikut barisan dan panduan guru. Rekod yang dicatat dalam latihan ini adalah 3 minit 28 saat, dimana semua murid dapat berkumpul di padang.
 Apabila semua murid telah berkumpul semua guru kelas mula mengira dan memastikan semua murid telah berkumpul mengikut kelas masing-masing.
Akhir sekali, GPK Hem memberikan taklimat dan penerangan kepada pelajar tujuan aktiviti latihan diadakan dan memberi komen kelemahan sepanjang pergerakan murid ketempat berkumpul apabila loceng dibunyikan.